Pengikut

Selasa, 25 September 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik

Melalui barang-barang yang telah diarahkan untuk dibawa pada kuliah minggu pertama, Prof telah memberi kami satu tugasan yang memerlukan kami mencari gambar yang terdapat dalam majalah. Gambar-gambar tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri asas grafik yang telah ditetapkan iaitu : 

Asas Grafik ialah :

1. Mudah
2. Warna
3. Keseimbangan
4. Kesesuaian
5. Teks

Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. 

Gambar-gambar yang telah saya sertakan dibawah merupakan proses kami mencari gambar-gambar tersebut dan disertakan sekali dengan hasil kerja yang telah kami lakukan. 


BBM3410/18 : Kuliah Minggu 1

Pada minggu pertama sesi pembelajaran, Prof. Dr. Normaliza bt Abd Rahman telah memberi penerangan tentang silibus yang akan dipelajari oleh pelajar serta menghuraikan secara lebih jelas tentang subjek tersebut.

Tugasan pertama yang telah diberikan oleh Prof untuk kami adalah dengan menyediakan barang-barang yang disenaraikan dibawah untuk dibawa pada minggu kedua. 


1. 6 keping Mounting Board hitam saiz A4
2. Gunting
3. Gam Uhu Stick
4. Pisau Lipat
5. Reben yang lebar 1/2 inci, panjang 1.5 meter
6. Majalah terpakai

7. Puncher

Sekian untuk post pertama. Nanti kita sambung lagi pada post yang kedua ya? 

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya! :))

BBM3410/18 : Aku Najwa

Selamat datang ke ruangan pelepasan tekanan bagi seorang yang bernama Nur Najwa Mohd Ghani. Ruangan ini adalah perkongsian daripada saya sepanjang tempoh pembeljaran subjek BBM3410 Multimedia Dalam Berbahasa yang diajar oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. 
Untuk pengetahuan, saya adalah seorang pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Subjek ini merupakan salah satu subjek yang wajib diambil dalam bidang pengajian saya bagi memenuhi syarat bergraduan. 

Terima kasih kerana sudi singgah blog saya! 
😘