Pengikut

Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum, hai!

Hari ni nak cerita tentang video tanpa wajah pula. Apa itu video tanpa wajah? 


Video tanpa wajah merupakan satu visual pergerakan yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda sahaja dan diambil tanpa menampakan wajahnya. Video ini kebiasaanya diambil mengikut kesesuian jalan cerita dan tema yang ingin dipaparkan tanpa menampakan wajah pelakon tersebut. Video tersebut dihasilkan hanya menfokuskan kepada pergerakan seseorang untuk menyampaikan mesej dan idea yang ingin disampaikan. Video ini difokuskan kepada aspek berikut:

  1. Tanpa wajah - video dihasilkan tanpa menampakan wajah seseorang. Contohnya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah sahaja.
  2. Menfokuskan kepada sesuatu bahagian - rakaman video tersebut perlu menfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja. Contohnya bahagian kaki, objek mahupun badan.
  3. Perlu ada jalan cerita - video tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan seterusnya dapat memberikan kesan kepada audiens.
  4. Lagu - video yang dihasilkan perlu disertakan lagu yang sesuai dengan jalan cerita supaya ia lebih menarik.

BBM3410/18 : Video One Shot

Asssalamualikum hai

Entri kali ni adalah tentang tugasan video one shot. 

Ok, apa itu one shot? 

Video one shot adalah video yang direkod dalam satu video panjang penuh dalam satu jangka panjang oleh satu kamera untuk memberi ekpressi wajah untuk memberi kesan. 

Video one shot ini terdapat 3 jenis iaiatu : 

1. One shot one layer

2. One shot two layer
3. One shot three layer

Kesemua shot-shot ini mempunyai maksud yang berbeza namun mempunyai satu pegangan yang sama. 


1. One shot one layer 

-Kita cuma buat satu benda sahaja. Contoh video lagu, kita hanya perlu menyanyi sahaja dan membuat miming mengikut lagu. Tidak perlu berlakon dan sebagainya. 

2. One shot two layer

- Bagi teknik pula, dia ada dua scene dalam masa yang sama dalam satu frame video tu. Sebagai contoh, seorang menyanyi di hadapan dan di belakang terdapat scene berlakon. 

3. One shot three layer

- Bagi teknik ini pula, dia lebih kurang sama dengan video two layer tetapi layer yang ketiga adalah benda yang kita tak rancang. Sebagai contoh semasa kita buat video 2 layer tu, ada orang lain pula lalu kat belakang yang scene berlakon. Tu lah maksudnya 3 layer. 

Jadi, macam tu lah cerita dia. Ok bbye!

BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Assalamualaikum, hai.

Seperti dalam brog aku hari tu, aku ada recall tugasan lepas. Hari ini juga aku nak cerita balik tugasan lain yang seterusnya.
Tugasan ini adalah tugasan papan cerita.

Apa itu papan cerita?


Papan cerita membawa maksud siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh dikatakan sebagi susuna grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Pada hari itu, Prof kami ada suruh kami buat e-Majalah. Buat papan cerita guna komputer kah? Eh, tak lah. Kami cuma perlu lukis je. Nasib baik. Kami diarahkan untuk memilih satu produk dan buat papan cerita mengenainya.Kumpulan kami telah memilih casing telefon sebagai produk. Setiap ahli kumpulan harus memainkan peranan kerana tugasan ini mempunyai 10 halaman yang berbeza dan semua ahli harus buat tugasan mereka masing-masing. 
 Papan cerita tersebut ia haruslah mempunyai elemen berikut : 

1. Muka depan 
2. Headline
3. Mukadimah
4. Sidang Pengarang
5. Fokus Produk ( Lakaran)
6. Kebaikan/Keburukan ( Ayat promosi)







BBM3410/18 : Asas Grafikkk



Memandangkan minggu ini minggu 12, lagi dua minggu sahaja lagi hendak meninggalkan UPM kesayangan ini. Jadi, kita akan recall balik tugasan yang pernah kita buat iaitu tugasan asas grafik.

Tugasan ini merupakan tugasan yang berkumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Normaliza.
Ok, bagi yang tak mengetahui apa itu asas grafik. Asas grafik merupakan asas yang perlu diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Jika asas-asas ini dipenuhi, gambar yang terhasil pastinya cantik dan penuh dengan nilai-nilai estetika. Bak kata orang, setiap gambar mempunyai ceritanya tersendiri. Antara ciri-ciri asas grafik tersebut adalah:

1. Keseimbangan
2. Warna
3. Teks
4. Kesesuaian
5. Mudah


Kami telah diminta untuk mencari gambar-gambar yang mempunyai asas-asas grafik tersebut dalam sebuah bahan iaitu majalah. Bahan yang diperlukan dalam menghasilkan tugasan ini adalah 

- majalah
- gunting
- riben
- mounting board
- gam


Seterusnya, bidang tugasan akan dibahagi kepada setiap ahli kumpulan seperti kerja pengguntingan, penampalan gambar ke atas mounting board serta menyusunnya mengikut urutan nombor kad matrik. Tugasan tersebut harus dihantar pada hari tersebut dan jangka masa yang diberikan adalah 2 jam.
Walaupun tugasan tersebut cerewet, namun dengan adanya semangat berkumpulan yang saling bekerjasama antara ahli, tugasan tersebut dapat disiapkan mengikut waktunya.

Ahad, 18 November 2018

BBM3410/18 : Kursus Kahwin

Assalamualaikum!


Haaaaaa... Agak ke'eksaited'kan jugak lah minggu ni sebab apa? Sebab dapat sijil kahwin.

Maknanya apa?

Maknanya dah boleh kawin la kan?
Hehe gatal!

Takde lah, kira okaylah kan. Buat awal-awal. Tak sia-sia aku bangun awal nak pi dengar ceramah walaupun bermacam-macam syaitan cuba menggodaaa... Waduhhhh

Ok, ni bukti dia




Acah fokus sangat ni 😂


Lelaki makin pupus nampaknya yee... Ituu diaaaa



Sekian. Nak tido bye

BBM3410/18 : Buat Kalendar Guna Photoshop

Hai, Assalamualaikummmm..

Orait, cerita dia ingatkan ada kelas amali hari Khamis tu. Eh tiba-tiba pulak dapat info kelas takde.
Emmm sebenarnya tak tahu nak suka ke tak sebab..
Kalau aku, aku lebih prefer ada kelas daripada takde kelas.
Sebabnya leceh kalau kelas online hahah!

Okay, tunggu punya baiknya sebab ketua tu cakap Prof akan postkan tugasan tu dalam blog dia.
Tunggu-tunggu takde jugak.

Aihh lepas tu baruuuula dapat makluman kena buat video tutorial guna photoshop lepastu kena ada gambar sendiri.
Ok lah, takpelah.

Sebab kelas ni memang mementingkan konsep redha.
Jadi, ini lah hasilnya. Maaf ya Prof jika tidak menepati citarasa. Saya kurang minat sikit bab design tapi yang peliknya saya suka melukis. Ah, tak kisah lah. Haha


Jangan kecam saya hahahahha
Ok bye!

BBM3410/18 : Ayat Cinta

Ayat cinta itu serupa dadah buat kau.

Lama-lama kau akan bosan dengan dadah yang satu ini.
Jadi kau bertukar kepada dadah yang lebih power.

Ayat maki.


(Pascastroma Asang)

BBM3410/18: Bisik

Hai Tuhan dengarkan ku
Ada yang mau ku minta
Hanya Kau yang termampu
Sedang ku tak berdaya
Tolong bisik padanya
Semua akan sentosa
Hai Tuhan yang indah
Kau saja yang ku serah
Bilangkan usah rindu
Pesankan aku tunggu


(Fynn Jamal)

BBM3410/18 : One SHOT (Aspalela)

Assalamualaikum, hai!

Kembali lagi kita...

Oh ya, blog aku sebelum ni aku ada bagitahu kan yang video kumpulan aku kena reject sebab salah konsep tu.. Ingat tak?

Alahhh, yang lagu Amalina tu lahhh..

Haaa... Memandangkan kumpulan kami frust kena reject, jadi kami pun bertekad dengan bersungguh-sungguh untuk membuat video one shot semula dengan penuh semangat!

Hahah berkobar-kobar tak ayat aku?

Saja nak bagi panas line sikit. Ok, sambung balik.

Pemilihan lagu yang kami pilih masa pertama tu mungkin agak berat kot, mungkin cara kami. Entah, malas nak pikir. Masuk kelas Prof kena amal sikap redhooo sis..
Hmmmm

Ok kat bawah ni sebalik tabir video baru one shot haritu.











Haaa, ni video dah siap. Tengok lah kalau sudi.







Ok tu je, malas dah nak taip. 

Bye!

BBM3410/18: Prof Masuk TV

Hai Assalamualaikum!


Sesungguhnya hari Isnin tanpa kelas sangatlah membahagiakaaannnn...
Namun begituuuuuuu....................
jeng jeng jeng...

Ingat orang bagi kau cuti saja saja ke?
Eh lawa muka kau?

Haa, Prof aku masuk tv harini. Tv Alhijrah katanyaa... Program tu start pukul 8.30 kot, entah aku pun tak tahu tapi pukul 7 lagi aku dah duk tercongak depan tv, bagus tak?
Well I know.
 *Tak lah, aku tipu je.

Ok, ni keje yang disuruhnya kami buat. Screenshot letak lam instagram. Dah.


Oh ya, sebelum terjadinya kelas online kami diminta untuk post gambar 'OK' sebagai tanda setuju untuk mengadakan kelas online. Tak tahu lah buat banci ke apa.. Haha gurau je.


Ok sudah cukup sudah. 

Jumpa lagi!