Pengikut

Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Assalamualaikum, hai.

Seperti dalam brog aku hari tu, aku ada recall tugasan lepas. Hari ini juga aku nak cerita balik tugasan lain yang seterusnya.
Tugasan ini adalah tugasan papan cerita.

Apa itu papan cerita?


Papan cerita membawa maksud siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh dikatakan sebagi susuna grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Pada hari itu, Prof kami ada suruh kami buat e-Majalah. Buat papan cerita guna komputer kah? Eh, tak lah. Kami cuma perlu lukis je. Nasib baik. Kami diarahkan untuk memilih satu produk dan buat papan cerita mengenainya.Kumpulan kami telah memilih casing telefon sebagai produk. Setiap ahli kumpulan harus memainkan peranan kerana tugasan ini mempunyai 10 halaman yang berbeza dan semua ahli harus buat tugasan mereka masing-masing. 
 Papan cerita tersebut ia haruslah mempunyai elemen berikut : 

1. Muka depan 
2. Headline
3. Mukadimah
4. Sidang Pengarang
5. Fokus Produk ( Lakaran)
6. Kebaikan/Keburukan ( Ayat promosi)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.