Pengikut

Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18 : Asas Grafikkk



Memandangkan minggu ini minggu 12, lagi dua minggu sahaja lagi hendak meninggalkan UPM kesayangan ini. Jadi, kita akan recall balik tugasan yang pernah kita buat iaitu tugasan asas grafik.

Tugasan ini merupakan tugasan yang berkumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Normaliza.
Ok, bagi yang tak mengetahui apa itu asas grafik. Asas grafik merupakan asas yang perlu diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Jika asas-asas ini dipenuhi, gambar yang terhasil pastinya cantik dan penuh dengan nilai-nilai estetika. Bak kata orang, setiap gambar mempunyai ceritanya tersendiri. Antara ciri-ciri asas grafik tersebut adalah:

1. Keseimbangan
2. Warna
3. Teks
4. Kesesuaian
5. Mudah


Kami telah diminta untuk mencari gambar-gambar yang mempunyai asas-asas grafik tersebut dalam sebuah bahan iaitu majalah. Bahan yang diperlukan dalam menghasilkan tugasan ini adalah 

- majalah
- gunting
- riben
- mounting board
- gam


Seterusnya, bidang tugasan akan dibahagi kepada setiap ahli kumpulan seperti kerja pengguntingan, penampalan gambar ke atas mounting board serta menyusunnya mengikut urutan nombor kad matrik. Tugasan tersebut harus dihantar pada hari tersebut dan jangka masa yang diberikan adalah 2 jam.
Walaupun tugasan tersebut cerewet, namun dengan adanya semangat berkumpulan yang saling bekerjasama antara ahli, tugasan tersebut dapat disiapkan mengikut waktunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.