Pengikut

Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum, hai!

Hari ni nak cerita tentang video tanpa wajah pula. Apa itu video tanpa wajah? 


Video tanpa wajah merupakan satu visual pergerakan yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda sahaja dan diambil tanpa menampakan wajahnya. Video ini kebiasaanya diambil mengikut kesesuian jalan cerita dan tema yang ingin dipaparkan tanpa menampakan wajah pelakon tersebut. Video tersebut dihasilkan hanya menfokuskan kepada pergerakan seseorang untuk menyampaikan mesej dan idea yang ingin disampaikan. Video ini difokuskan kepada aspek berikut:

  1. Tanpa wajah - video dihasilkan tanpa menampakan wajah seseorang. Contohnya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah sahaja.
  2. Menfokuskan kepada sesuatu bahagian - rakaman video tersebut perlu menfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja. Contohnya bahagian kaki, objek mahupun badan.
  3. Perlu ada jalan cerita - video tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan seterusnya dapat memberikan kesan kepada audiens.
  4. Lagu - video yang dihasilkan perlu disertakan lagu yang sesuai dengan jalan cerita supaya ia lebih menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.