Pengikut

Rabu, 10 Oktober 2018

BBM3410/18 : Novel Sungai Mengalir Lesu

Assalamuaalaikummmm... 



Lama tidak bersiaran tentang novel kan? Kakak memang suka cerita-cerita lama. Cerita yang bergenre tak cinta-cintun sangat, klasik, mengenai perjuangan, hantu dan sebagainya. Novel Sungai Mengalir Lesu oleh sasterawan negara A. Samad Said ni salah satu novel yang kakak suka baca. Sebab kakak baca novel ni dulu nya sebab nak kena buat esaimen semantik, so terpaksa la baca kan. Lepas tu, boleh tersuka pulak. 



Ok, sinopsis cerita dia macam ni :



Novel ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya.


Rasa:

Naturalisme merupakan keunggulan pujangga Malaysia ini.
Ramai daripada kawan yang kritikal membaca karyanya menyatakan kepada saya bahawa novel ini jauh lebih cemerlang daripada Salina. 
Jadi, memandangkan kakak tak baca abis lagi cerita Salina, so kakak tak boleh nak komen apa-apa lagi huhu 😅

Ok lah, tu je perkongsian kakak untuk harini. Jumpa lagiiii! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.