Pengikut

Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum, hai!

Hari ni nak cerita tentang video tanpa wajah pula. Apa itu video tanpa wajah? 


Video tanpa wajah merupakan satu visual pergerakan yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda sahaja dan diambil tanpa menampakan wajahnya. Video ini kebiasaanya diambil mengikut kesesuian jalan cerita dan tema yang ingin dipaparkan tanpa menampakan wajah pelakon tersebut. Video tersebut dihasilkan hanya menfokuskan kepada pergerakan seseorang untuk menyampaikan mesej dan idea yang ingin disampaikan. Video ini difokuskan kepada aspek berikut:

  1. Tanpa wajah - video dihasilkan tanpa menampakan wajah seseorang. Contohnya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah sahaja.
  2. Menfokuskan kepada sesuatu bahagian - rakaman video tersebut perlu menfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja. Contohnya bahagian kaki, objek mahupun badan.
  3. Perlu ada jalan cerita - video tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan seterusnya dapat memberikan kesan kepada audiens.
  4. Lagu - video yang dihasilkan perlu disertakan lagu yang sesuai dengan jalan cerita supaya ia lebih menarik.

BBM3410/18 : Video One Shot

Asssalamualikum hai

Entri kali ni adalah tentang tugasan video one shot. 

Ok, apa itu one shot? 

Video one shot adalah video yang direkod dalam satu video panjang penuh dalam satu jangka panjang oleh satu kamera untuk memberi ekpressi wajah untuk memberi kesan. 

Video one shot ini terdapat 3 jenis iaiatu : 

1. One shot one layer

2. One shot two layer
3. One shot three layer

Kesemua shot-shot ini mempunyai maksud yang berbeza namun mempunyai satu pegangan yang sama. 


1. One shot one layer 

-Kita cuma buat satu benda sahaja. Contoh video lagu, kita hanya perlu menyanyi sahaja dan membuat miming mengikut lagu. Tidak perlu berlakon dan sebagainya. 

2. One shot two layer

- Bagi teknik pula, dia ada dua scene dalam masa yang sama dalam satu frame video tu. Sebagai contoh, seorang menyanyi di hadapan dan di belakang terdapat scene berlakon. 

3. One shot three layer

- Bagi teknik ini pula, dia lebih kurang sama dengan video two layer tetapi layer yang ketiga adalah benda yang kita tak rancang. Sebagai contoh semasa kita buat video 2 layer tu, ada orang lain pula lalu kat belakang yang scene berlakon. Tu lah maksudnya 3 layer. 

Jadi, macam tu lah cerita dia. Ok bbye!

BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Assalamualaikum, hai.

Seperti dalam brog aku hari tu, aku ada recall tugasan lepas. Hari ini juga aku nak cerita balik tugasan lain yang seterusnya.
Tugasan ini adalah tugasan papan cerita.

Apa itu papan cerita?


Papan cerita membawa maksud siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh dikatakan sebagi susuna grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Pada hari itu, Prof kami ada suruh kami buat e-Majalah. Buat papan cerita guna komputer kah? Eh, tak lah. Kami cuma perlu lukis je. Nasib baik. Kami diarahkan untuk memilih satu produk dan buat papan cerita mengenainya.Kumpulan kami telah memilih casing telefon sebagai produk. Setiap ahli kumpulan harus memainkan peranan kerana tugasan ini mempunyai 10 halaman yang berbeza dan semua ahli harus buat tugasan mereka masing-masing. 
 Papan cerita tersebut ia haruslah mempunyai elemen berikut : 

1. Muka depan 
2. Headline
3. Mukadimah
4. Sidang Pengarang
5. Fokus Produk ( Lakaran)
6. Kebaikan/Keburukan ( Ayat promosi)







BBM3410/18 : Asas Grafikkk



Memandangkan minggu ini minggu 12, lagi dua minggu sahaja lagi hendak meninggalkan UPM kesayangan ini. Jadi, kita akan recall balik tugasan yang pernah kita buat iaitu tugasan asas grafik.

Tugasan ini merupakan tugasan yang berkumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Normaliza.
Ok, bagi yang tak mengetahui apa itu asas grafik. Asas grafik merupakan asas yang perlu diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Jika asas-asas ini dipenuhi, gambar yang terhasil pastinya cantik dan penuh dengan nilai-nilai estetika. Bak kata orang, setiap gambar mempunyai ceritanya tersendiri. Antara ciri-ciri asas grafik tersebut adalah:

1. Keseimbangan
2. Warna
3. Teks
4. Kesesuaian
5. Mudah


Kami telah diminta untuk mencari gambar-gambar yang mempunyai asas-asas grafik tersebut dalam sebuah bahan iaitu majalah. Bahan yang diperlukan dalam menghasilkan tugasan ini adalah 

- majalah
- gunting
- riben
- mounting board
- gam


Seterusnya, bidang tugasan akan dibahagi kepada setiap ahli kumpulan seperti kerja pengguntingan, penampalan gambar ke atas mounting board serta menyusunnya mengikut urutan nombor kad matrik. Tugasan tersebut harus dihantar pada hari tersebut dan jangka masa yang diberikan adalah 2 jam.
Walaupun tugasan tersebut cerewet, namun dengan adanya semangat berkumpulan yang saling bekerjasama antara ahli, tugasan tersebut dapat disiapkan mengikut waktunya.