Pengikut

Ahad, 18 November 2018

BBM3410/18 : Kursus Kahwin

Assalamualaikum!


Haaaaaa... Agak ke'eksaited'kan jugak lah minggu ni sebab apa? Sebab dapat sijil kahwin.

Maknanya apa?

Maknanya dah boleh kawin la kan?
Hehe gatal!

Takde lah, kira okaylah kan. Buat awal-awal. Tak sia-sia aku bangun awal nak pi dengar ceramah walaupun bermacam-macam syaitan cuba menggodaaa... Waduhhhh

Ok, ni bukti dia




Acah fokus sangat ni 😂


Lelaki makin pupus nampaknya yee... Ituu diaaaa



Sekian. Nak tido bye

BBM3410/18 : Buat Kalendar Guna Photoshop

Hai, Assalamualaikummmm..

Orait, cerita dia ingatkan ada kelas amali hari Khamis tu. Eh tiba-tiba pulak dapat info kelas takde.
Emmm sebenarnya tak tahu nak suka ke tak sebab..
Kalau aku, aku lebih prefer ada kelas daripada takde kelas.
Sebabnya leceh kalau kelas online hahah!

Okay, tunggu punya baiknya sebab ketua tu cakap Prof akan postkan tugasan tu dalam blog dia.
Tunggu-tunggu takde jugak.

Aihh lepas tu baruuuula dapat makluman kena buat video tutorial guna photoshop lepastu kena ada gambar sendiri.
Ok lah, takpelah.

Sebab kelas ni memang mementingkan konsep redha.
Jadi, ini lah hasilnya. Maaf ya Prof jika tidak menepati citarasa. Saya kurang minat sikit bab design tapi yang peliknya saya suka melukis. Ah, tak kisah lah. Haha


Jangan kecam saya hahahahha
Ok bye!

BBM3410/18 : Ayat Cinta

Ayat cinta itu serupa dadah buat kau.

Lama-lama kau akan bosan dengan dadah yang satu ini.
Jadi kau bertukar kepada dadah yang lebih power.

Ayat maki.


(Pascastroma Asang)

BBM3410/18: Bisik

Hai Tuhan dengarkan ku
Ada yang mau ku minta
Hanya Kau yang termampu
Sedang ku tak berdaya
Tolong bisik padanya
Semua akan sentosa
Hai Tuhan yang indah
Kau saja yang ku serah
Bilangkan usah rindu
Pesankan aku tunggu


(Fynn Jamal)

BBM3410/18 : One SHOT (Aspalela)

Assalamualaikum, hai!

Kembali lagi kita...

Oh ya, blog aku sebelum ni aku ada bagitahu kan yang video kumpulan aku kena reject sebab salah konsep tu.. Ingat tak?

Alahhh, yang lagu Amalina tu lahhh..

Haaa... Memandangkan kumpulan kami frust kena reject, jadi kami pun bertekad dengan bersungguh-sungguh untuk membuat video one shot semula dengan penuh semangat!

Hahah berkobar-kobar tak ayat aku?

Saja nak bagi panas line sikit. Ok, sambung balik.

Pemilihan lagu yang kami pilih masa pertama tu mungkin agak berat kot, mungkin cara kami. Entah, malas nak pikir. Masuk kelas Prof kena amal sikap redhooo sis..
Hmmmm

Ok kat bawah ni sebalik tabir video baru one shot haritu.











Haaa, ni video dah siap. Tengok lah kalau sudi.







Ok tu je, malas dah nak taip. 

Bye!

BBM3410/18: Prof Masuk TV

Hai Assalamualaikum!


Sesungguhnya hari Isnin tanpa kelas sangatlah membahagiakaaannnn...
Namun begituuuuuuu....................
jeng jeng jeng...

Ingat orang bagi kau cuti saja saja ke?
Eh lawa muka kau?

Haa, Prof aku masuk tv harini. Tv Alhijrah katanyaa... Program tu start pukul 8.30 kot, entah aku pun tak tahu tapi pukul 7 lagi aku dah duk tercongak depan tv, bagus tak?
Well I know.
 *Tak lah, aku tipu je.

Ok, ni keje yang disuruhnya kami buat. Screenshot letak lam instagram. Dah.


Oh ya, sebelum terjadinya kelas online kami diminta untuk post gambar 'OK' sebagai tanda setuju untuk mengadakan kelas online. Tak tahu lah buat banci ke apa.. Haha gurau je.


Ok sudah cukup sudah. 

Jumpa lagi! 

BBM3410/18: Sunyi Itu Duka

SUNYI ITU DUKA

Sunyi itu duka
Sunyi itu kudus
Sunyi itu lupa
Sunyi itu lampus


(Amir Hamzah)

BBM3410/18 : AKU Ini Binatang Jalang

Hai assalamualaikum!


Korang kenal Chairil Anwar?
Orang sastera Indonesia. Pernah dengar tak puisi dia? Best kan?

Dulu masa aku keck-kecik, aku start suka puisi, sajak, syair sebab tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta lakonan Dian Sastro dan sape hero dia tuh? Alaaa lupa lah pulak.

Tapi yang pasti kisah cinta antara Cinta dan Rangga.
Bagi yang tak pernah tengok AADC, korang patut tengok.

Ia agak membosankan bagi orang yang tidak minat, tapi aku suka.

Ok, kat bawah ni aku ada amik satu puisi dia yang paling popular.


AKU

Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa ku bawaberlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli

Aku mahu hidup seribu tahun lagi

(Maret 1943)

Dan ini aku sertakan sekali video orang lagukan puisi dia



Macam mana? Best tak?


Ok lah, tu je untuk entri kali ni.

Bye!







BBM3410/18 : Puisi Amir Hamzah

PADAMU JUA

Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku pada-Mu
Seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu

Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa

Dimana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya merangkai hati

Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar lepas

Nanar aku gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara di balik tirai
Kasihmu sunyi

Menunggu seorang diri
Lalu waktu - bukan giliranku
Mati hati - bukan kawanku

BBM3410/18 : Cara Tukar Nombor Telefon Untuk OTP PIN di Bank

Hai, Assalamualaikum!

Hari tu aku nak beli barangan online, lepas tu aku nak buat pembayaran secara online tu takleh. Sebab nombor telefon di kad bank yang aku daftarkan tu adalah nombor telefon lama yang aku dah tak pakai.

Jadi,

Aku nak ajar kamu semua cara nak tukar nombor telefon di bank-bank.


MBB :
Kau daftar je nombor baharu kau kat ATM atau cawangan Maybank.


CIMB :
Kau pergi kat mesin ATM CIMB, lepastu update nombor telefon kau untuk TAC.
Kat mesin ATM tu, lepas je kau masukkan nombor PIN kau, pilih menu "OTHERS" daripada menu utama tu. Lepastu, kau pilih "CIMB Clicks". Masukkan nomboir telefon baharu lepastu "PROCEED". Done, nombor baharu dah update untuk TAC.

Bank Rakyat :
One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat dan Kad Debit-i Bank Rakyat ketika melaksanakan transaksi pembelian online. Pastikan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan Bank Rakyat adalah yang terkini. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di 03-26936880 (24 Jam) jika terdapat sebarang pertukaran nombor telefon nombor.

Affin:
Daftar nombor telefon baharu di cawangan yang terdekat sebab transaksi memang tak jalan sebab TAC memang akan send kat nombor telefon lama jugak. Kena pergi kat bank.

RHB:
 Hanya ATM atau Kad Debit sahaja boleh guna untuk daftar atau kemaskini nombor telefon baharu untuk OTP melalui ATM.


Ok, tu je.
Harap dapat membantu kamu semua!

Assalamualaikum!

BBM3410/18 : AMALINA

Hai semua!

Memandangkan semua nak bercuti, Prof pun dah sediakan tugasan okayyyy..
Tugasannya adalah buat video One Shot miming lagu. Lagu mestilah dalam bahasa Melayu.
Presentation akan dilakukan pada lepas cuti..

Jadinyaaaa.....
Sebelum semua balik kampung, bersiap-siaplah kami nak buat video tu.
Video dijalankan di Bukit Ekspo. Lagu yang kumpulan (Jebat Production) telah pilih adalah Amalina oleh Santesh.

Okay, kat bawah ni aku sediakan link untuk korang tengok.


Siap video, present dah. Tetiba dapat tahu kena buat balik.. I is kecewaaaaa.... 
Hmmmmmm 

Tapi takpe lah, kami is redhooo... Hahaha
Nati aku citer lagu apa lak kami amik. 


Jumpa lagi dalam blog lain, bye! 

BBM3410/18 : House Of Kambing

Assalamualaikum!


Ok, blog kali ni kita cakap pasal air.
AIRRRRR???

Haaaa, mu jangan nak pikir pelik-pelik. Air minuman lah, engkau ingat air apa hah?!
Otak kuning betul lah kau ni kan.. Hahah! Gurau je!

Dah, sambung balik.
Sebenarnya aku memang dah selalu lepak kat sini dengan kakak aku. House of Kambing ni restoran. Kambing kukus dia serius sedap. Korang patut pergi. Temapt dia kat MAEPS dekat Mardi tuhh..

Yang aku nak ceritanya aku minum air dia. Lupa dah nama apa air tu tapi dia soda campur daun pudina. Sedap. Hilang dahaga tekak aku. Ok, kali ni aku nak buat sendiri lah air tu. Oh ya, jap aku tunjuk gambar aku pergi haritu.

Tuh tuh, nampak tak air putih tu? Bukan air teh o' tuuuu... Ishh kau ni..

Haaa, ni aku nak ajar cara buat dia tapi pakai versi aku. Hahaha Ok, jom start. 

Bahan-Bahan:
Air soda
Laici 1 tin
Strawberi hiris ( amaun ikut suka )
Lemon 1 biji hiris
Daun pudina
Ais

Campur je semua.. Siap !!
Nota kaki : kalau tak mahu manis sangat, boleh jugak tak gunakan air soda tu.. Guna air laici yang dalam tin tu je ye..

Selamat mencuba! 

BBM3410/18: Twitter (M7)

Hai, assalamualaikum!

Jumpa lagi kita ye?

Okay, hari ini kelas Prof. Minggu depan cuti. Minggu kelapan.
Sebelum cuti, mestilah kena bagi kerja kan? Gila kau takde kerja. Eh lenang hidup kau?
Haha, gurau jelah.

Kerjanya minggu ni kena screenshot Twitterrrrr (sebut guna slang British) lepastu post kat blog. Oh ya, minggu ni pun kena amik gambar letak dalam Instagram. Sebenarnya, hari-hari kena amik gambar aku rasa. Hahaha!

Dah, kat bawah ni aku letakkan Twitter aku. Tengok je? Tak reti-reti nak follow?





Kat bawah ni aku letakkan beberapa yang aku tweet. Aku sebenarnya kurang sikit luah perasaan kat socmed sebab aku rasa macam tak guna. Sebab netizen-netizen biasanya tak guna. Hahahahahahhahahhaha
(pendapat jujur)

Oleh kerana kehendak subjek, aku turutkan jelah. Hmmm 

Pyan Habib ❤️




Ok lah, tu je. 

Bye!


Sabtu, 17 November 2018

BBM3410/18 : Padamkan Lampu Tidur

Assalamualaikum, hai!

Bertemu lagi kita kali ini! 

Ok, blog hari ini tentang muzik. Aku sebenarnya peminat tegar lagu-lagu 90-an macam XPDC, May, Wings, Damasutra, Search, Slam dan banyak lagi lah. Pokoknya yang band-band muzik tahun 90-an la. Klasik rock gitu. 

Ramai orang salah faham dengan band-band sebegini. Sebab menurut mereka lirik yang kumpulan-kumpulan ini gunakan hanyalah himpunan kata-kata yang merapu, pujangga dan picisan. Kata-kata yang mereka gunakan juga hanya bagi memenuhi nada dan ritma yang seirama sahaja.

Tapi, tahukah mereka bahawa banyak lagu-lagu yang didendangkan oleh pemuzik-pemuzik ini mempunyai makna yang tersirat? 

Memandangkan lagu Padamkan Lampu Tidur yang dinyanyikan oleh kumpulan Wings merupakan favourite aku, aku nak huraikan makna disebalik lagu tersebut. 

Ayuh kita!

Lirik Lagu Padamkan Lampu Tidur



Terikat dua tangan bagai nasib tawanan

Terkunci mata mulut peluh tumpah dibadan
Kau paksa ku tunduk berlutut sebelum kau menghukum

Kau mungkin tak percaya aku ada pendinding
Seribu satu doa hulubalang yang kadim

Jangan... jangan teruskannya selagi hatimu tak cukup zalim
Jangan... jangan kotakannya selagi hukuman tidak setanding

Dengan serapah semangat tujuh milikku
Akan ku tukarkan dunia menjadi syurga si gelendangan
Tiada tangisan angkara dusta tiada diri berbeza
Diam saja bersyukurlah

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya.. 



Makna Tersirat : 

Rangkap 1 menunjukkan tangan yang terikat ketika manusia sudah menjadi jenazah yang telah disemadikan ke alam perkuburan. Ayat 'terkunci mata mulut peluh tumpah ke badan' memberi makna bahawa tiada kata yang dapat diucapkan kerana semuanya telah kaku dan debaran menanti kedatangan malaikat Mungkar dan Nakir. Seterusnya, 'kau paksa ku tunduk sebelum kau menghukum' memberi maksud perintah Allah tentang mengerjakan solat sebelum datangnya kematian. 
Seterusnya kata 'pendinding' dalam rangkap 2 diatas merujuk kepada Al-Quran dan Assunah yang harusnya menjadi pegangan serta panduan kehidupan melalui pengajaran dan dakwah yang telah disampaikan oleh ulama'. 
Rangkap 3 pula menunjukkan ayat meminta atau merayu agar berhenti melakukan dosa yang tersebut dalam kata 'jangan.. jangan teruskannya'. Selain itu, ia juga seakan satu persoalan dalam lagu yang bermaksud tidak takutkah akan balasan api neraka di dalam ayatnya 'selagi hatimu tidak cukup zalim'. Baris seterusnya dibawah pula bermaksud setimpalkah keseronokan dosa dunia yang sementara berbanding azab Allah di akhirat kelak?
Rangkap 4 dalam kata 'dengan serapah semangat tujuh milikku' merujuk melalui pelaksanaan sujud dari tujuh anggota iaitu kening hidung, 2 tapak tangan, 2 lutut kiri dan kanan, dan 2 hujung jari kaki. Seterusnya, ayat seterusnya membawa pengertian penghijrahan dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Penyesalan dan tangisan pada hari akhirat sudah tidak berguna lagi setelah hidupmu didunia mendustakan Allah SWT. Kata 'tiada diri berbeza' pula bermaksud setiap orang akan dihitung amalannya sama ada tua atau muda, miskin ataupun kaya. Tiada perbezaan. Maka, 'diam saja' yakni ikuti sahaja perintah Allah tanpa membantah dan syukurilah. 
Pada bahagian chorus lagu ni, ia lebih bersifat maksud tersurat. Boleh tengok chorus dia kat atas. Ok teman-teman?
Tapi, yang part 'hitam dan putih tetap indah bila kau kenal warnanya' tu bermaksud dosa dan pahala. 
Ok, kesimpulannya lagu ni berkisarkan bahawa kita ini dihidupkan untuk meniti perjalanan mencari bekalan bagi menuju kematian. Kita diuji dengan dosa yang menyeronokkan di dunia ini, namun begitu kita masih ada peluang untuk mengutip pahala walaupun berat kerana itulah satu satunya untuk kita bawa bagi berbahagia di syurga kelak. 
Sekian saja, jumpa lagi!Terima kasih sudi baca blog aku, susah-susah je hehehe 
:D

BBM3410/18 : Simpulan Bahasa (M6)

Hai, Assalamualaikum.


Fuhh, pejam celik pejam celik dah minggu keenam. Rasa macam sekejap je.
Okay, pada minggu ni kami telah diberikan tugasan oleh Prof N untuk.. emm.. untuk apa ek?

Oh yee... Untuk mengambil gambar bercerita.
Bercerita macam mana tu?
Ok, gambar bercerita berdasarkan simpulan bahasa. Selesai ambil gambar, kami diminta untuk meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam slide kemudian dimuatnaikkan ke dalam Youtube disertakan sekali dengan lagu instrumental. Faham ke ni?
Ok, aku terangkan lagi sekali ok?

 Sebagai contoh simpulan bahasa bertikam, anda harus mengambil gambar berdasarkan maksud daripada simpulan bahasa tersebut.

Bertikam lidah maksudnya bertengkar. Jadi, dalam gambar tersebut haruslah menggambarkan orang yang sedang bertengkar. Ok? Dah faham?

Tugasan ini adalah mengikut kumpulan dan masing-masing haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Ok, kat bawah ni aku letakkan beberapa hasil tugasan yang kami telah buat.
Korang boleh tengok kat link ni,

BBM3410 Simpulan Bahasa - Jebat Production


BBM3410/18 : Sajak Gustavo


Ritu pergi Ioi, sementara tunggu kakak aku dari Bangi tu nak datang aku bawak-bawakkan diri aku ke kedai buku Borders. Satu trick kan nak larikan diri dari tengok sale-sale berlambak yang menguji keimanan aku tuhhh hihi. Tengah belek-belek buku, ehh.. Terjumpa buku ni
 Kat atas tu salah satu sajak dia yang aku amik. Best tak? Apa pendapat korang? 

Huhu, please do comment. 

Thanks for reading my blog!