Pengikut

Ahad, 18 November 2018

BBM3410/18 : Cara Tukar Nombor Telefon Untuk OTP PIN di Bank

Hai, Assalamualaikum!

Hari tu aku nak beli barangan online, lepas tu aku nak buat pembayaran secara online tu takleh. Sebab nombor telefon di kad bank yang aku daftarkan tu adalah nombor telefon lama yang aku dah tak pakai.

Jadi,

Aku nak ajar kamu semua cara nak tukar nombor telefon di bank-bank.


MBB :
Kau daftar je nombor baharu kau kat ATM atau cawangan Maybank.


CIMB :
Kau pergi kat mesin ATM CIMB, lepastu update nombor telefon kau untuk TAC.
Kat mesin ATM tu, lepas je kau masukkan nombor PIN kau, pilih menu "OTHERS" daripada menu utama tu. Lepastu, kau pilih "CIMB Clicks". Masukkan nomboir telefon baharu lepastu "PROCEED". Done, nombor baharu dah update untuk TAC.

Bank Rakyat :
One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat dan Kad Debit-i Bank Rakyat ketika melaksanakan transaksi pembelian online. Pastikan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan Bank Rakyat adalah yang terkini. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di 03-26936880 (24 Jam) jika terdapat sebarang pertukaran nombor telefon nombor.

Affin:
Daftar nombor telefon baharu di cawangan yang terdekat sebab transaksi memang tak jalan sebab TAC memang akan send kat nombor telefon lama jugak. Kena pergi kat bank.

RHB:
 Hanya ATM atau Kad Debit sahaja boleh guna untuk daftar atau kemaskini nombor telefon baharu untuk OTP melalui ATM.


Ok, tu je.
Harap dapat membantu kamu semua!

Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.