Hai, Assalamualaikum.
Fuhh, pejam celik pejam celik dah minggu keenam. Rasa macam sekejap je.
Okay, pada minggu ni kami telah diberikan tugasan oleh Prof N untuk.. emm.. untuk apa ek?
Oh yee... Untuk mengambil gambar bercerita.
Bercerita macam mana tu?
Ok, gambar bercerita berdasarkan simpulan bahasa. Selesai ambil gambar, kami diminta untuk meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam slide kemudian dimuatnaikkan ke dalam Youtube disertakan sekali dengan lagu instrumental. Faham ke ni?
Ok, aku terangkan lagi sekali ok?
Sebagai contoh simpulan bahasa bertikam, anda harus mengambil gambar berdasarkan maksud daripada simpulan bahasa tersebut.
Bertikam lidah maksudnya bertengkar. Jadi, dalam gambar tersebut haruslah menggambarkan orang yang sedang bertengkar. Ok? Dah faham?
Tugasan ini adalah mengikut kumpulan dan masing-masing haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Ok, kat bawah ni aku letakkan beberapa hasil tugasan yang kami telah buat.
Korang boleh tengok kat link ni,
BBM3410 Simpulan Bahasa - Jebat Production
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.