Pengikut

Sabtu, 17 November 2018

BBM3410/18 : Padamkan Lampu Tidur

Assalamualaikum, hai!

Bertemu lagi kita kali ini! 

Ok, blog hari ini tentang muzik. Aku sebenarnya peminat tegar lagu-lagu 90-an macam XPDC, May, Wings, Damasutra, Search, Slam dan banyak lagi lah. Pokoknya yang band-band muzik tahun 90-an la. Klasik rock gitu. 

Ramai orang salah faham dengan band-band sebegini. Sebab menurut mereka lirik yang kumpulan-kumpulan ini gunakan hanyalah himpunan kata-kata yang merapu, pujangga dan picisan. Kata-kata yang mereka gunakan juga hanya bagi memenuhi nada dan ritma yang seirama sahaja.

Tapi, tahukah mereka bahawa banyak lagu-lagu yang didendangkan oleh pemuzik-pemuzik ini mempunyai makna yang tersirat? 

Memandangkan lagu Padamkan Lampu Tidur yang dinyanyikan oleh kumpulan Wings merupakan favourite aku, aku nak huraikan makna disebalik lagu tersebut. 

Ayuh kita!

Lirik Lagu Padamkan Lampu Tidur



Terikat dua tangan bagai nasib tawanan

Terkunci mata mulut peluh tumpah dibadan
Kau paksa ku tunduk berlutut sebelum kau menghukum

Kau mungkin tak percaya aku ada pendinding
Seribu satu doa hulubalang yang kadim

Jangan... jangan teruskannya selagi hatimu tak cukup zalim
Jangan... jangan kotakannya selagi hukuman tidak setanding

Dengan serapah semangat tujuh milikku
Akan ku tukarkan dunia menjadi syurga si gelendangan
Tiada tangisan angkara dusta tiada diri berbeza
Diam saja bersyukurlah

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya.. 



Makna Tersirat : 

Rangkap 1 menunjukkan tangan yang terikat ketika manusia sudah menjadi jenazah yang telah disemadikan ke alam perkuburan. Ayat 'terkunci mata mulut peluh tumpah ke badan' memberi makna bahawa tiada kata yang dapat diucapkan kerana semuanya telah kaku dan debaran menanti kedatangan malaikat Mungkar dan Nakir. Seterusnya, 'kau paksa ku tunduk sebelum kau menghukum' memberi maksud perintah Allah tentang mengerjakan solat sebelum datangnya kematian. 
Seterusnya kata 'pendinding' dalam rangkap 2 diatas merujuk kepada Al-Quran dan Assunah yang harusnya menjadi pegangan serta panduan kehidupan melalui pengajaran dan dakwah yang telah disampaikan oleh ulama'. 
Rangkap 3 pula menunjukkan ayat meminta atau merayu agar berhenti melakukan dosa yang tersebut dalam kata 'jangan.. jangan teruskannya'. Selain itu, ia juga seakan satu persoalan dalam lagu yang bermaksud tidak takutkah akan balasan api neraka di dalam ayatnya 'selagi hatimu tidak cukup zalim'. Baris seterusnya dibawah pula bermaksud setimpalkah keseronokan dosa dunia yang sementara berbanding azab Allah di akhirat kelak?
Rangkap 4 dalam kata 'dengan serapah semangat tujuh milikku' merujuk melalui pelaksanaan sujud dari tujuh anggota iaitu kening hidung, 2 tapak tangan, 2 lutut kiri dan kanan, dan 2 hujung jari kaki. Seterusnya, ayat seterusnya membawa pengertian penghijrahan dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Penyesalan dan tangisan pada hari akhirat sudah tidak berguna lagi setelah hidupmu didunia mendustakan Allah SWT. Kata 'tiada diri berbeza' pula bermaksud setiap orang akan dihitung amalannya sama ada tua atau muda, miskin ataupun kaya. Tiada perbezaan. Maka, 'diam saja' yakni ikuti sahaja perintah Allah tanpa membantah dan syukurilah. 
Pada bahagian chorus lagu ni, ia lebih bersifat maksud tersurat. Boleh tengok chorus dia kat atas. Ok teman-teman?
Tapi, yang part 'hitam dan putih tetap indah bila kau kenal warnanya' tu bermaksud dosa dan pahala. 
Ok, kesimpulannya lagu ni berkisarkan bahawa kita ini dihidupkan untuk meniti perjalanan mencari bekalan bagi menuju kematian. Kita diuji dengan dosa yang menyeronokkan di dunia ini, namun begitu kita masih ada peluang untuk mengutip pahala walaupun berat kerana itulah satu satunya untuk kita bawa bagi berbahagia di syurga kelak. 
Sekian saja, jumpa lagi!Terima kasih sudi baca blog aku, susah-susah je hehehe 
:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.